HALUSNYA HATI SEORANG WANITA. Hati adalah milik setiap individu yang hidup di muka bumi ini. Tapi tahukah kamu, hati wanita sangat halus. Jangan kamu dibutakan dengan perwatakan wanita yang gagah, kuat dan kasar. Jangan kamu tertipu dengan setiap tingkah lakunya yang perkasa. Segagah mana, sekuat mana, setabah mana sekasar mana pun wanita itu hati nya tetap mampu meretak, berkecai jika dilukakan. Setiap tingkah kita yang menyakitkan hati mereka, mereka masih mampu tersenyum. Awas teman, jangan terbuta dengan sandiwara itu.
KONGSIKAN KASIH WANITA. Itu adalah tindakan yang mampu membunuh terus hati seorang wanita. Kamu kongsikan hati wanita dengan wanita lain, kamu umpama menggantikan permata kepada pasir yang tak berharga. Sekali kamu membuatkan seorang wanita itu hilang kepercayaannya, seratus kali wanita itu tidak akan mampu mengembalikan rasa itu kepada kamu. Kahwin dua, tiga, empat atau sepuluh, kamu tak mungkin akan pernah tahu bahawa kamu telah melukakan hati wanita pertama yang kamu ucapkan dengan kata-kata cinta, wanita pertama yang kamu kongsikan hidup kamu. Mulut dia mungkin menyatakan dia tak apa-apa, namun hatinya belum tahu menyatakan hal yang serupa. Wanita sanggup kehilangan hatinya semata-mata kerana cintanya buat kamu.
MENYATAKAN KEKURANGAN DIA DAN MEMUJI KELEBIHAN WANITA LAIN. Itu juga atu tindakan yaang sangat bodoh yang kamu lakukan. Sebutkan, manusia mana yang ingin dirinya dibandingkan dengan orang lain? sebutkan, manusia mana yang mampu tersenyum jika kekurangannya disuarakan oleh insan yang dia sayang? Sebutkan manusia mana yang boleh ketawa riang jika dia dibandingkan dengan kelebihan orang lain? Ingat kaum adam, wanita yang kamu pilih untuk menghiasi dunia kamu sepanjang hayat kamu adalah PILIHAN kamu sendiri. Apapun kelemahan dia pada masa-masa akan mendatang, ingat dia adalah PILIHAN kamu! Bukan orang lain.
Secebis hati wanita kalau ianya terluka dihiris, tak mungkin dapat kamu sembuhkan secara total. Sekeping hati wanita yang kamu robekkan, tak mungkin akan dapat kamu cantumkan semula. Semua luka, sakit itu akan sembuh, tetapi PASTI akan meninggakkan PARUT yang tak mampu mata kasar kamu sebagai lelaki melihatnya. Kerana wanita tak akan mampu menunjukkan parut luka hatinya.
love
florenagalau

No comments:
Post a Comment