Thursday, July 25, 2013

HALUSNYA HATI SEORANG WANITA


HALUSNYA HATI SEORANG WANITA. Hati adalah milik setiap individu yang hidup di muka bumi ini. Tapi tahukah kamu, hati wanita sangat halus. Jangan kamu dibutakan dengan perwatakan wanita yang gagah, kuat dan kasar. Jangan kamu tertipu dengan setiap tingkah lakunya yang perkasa. Segagah mana, sekuat mana, setabah mana sekasar mana pun wanita itu hati nya tetap mampu meretak, berkecai jika dilukakan. Setiap tingkah kita yang menyakitkan hati mereka, mereka masih mampu tersenyum. Awas teman, jangan terbuta dengan sandiwara itu.

KONGSIKAN KASIH WANITA. Itu adalah tindakan yang mampu membunuh terus hati seorang wanita. Kamu kongsikan hati wanita dengan wanita lain, kamu umpama menggantikan permata kepada pasir yang tak berharga. Sekali kamu membuatkan seorang wanita itu hilang kepercayaannya, seratus kali wanita itu tidak akan mampu mengembalikan rasa itu kepada kamu. Kahwin dua, tiga, empat atau sepuluh, kamu tak mungkin akan pernah tahu bahawa kamu telah melukakan hati wanita pertama yang kamu ucapkan dengan kata-kata cinta, wanita pertama yang kamu kongsikan hidup kamu. Mulut dia mungkin menyatakan dia tak apa-apa, namun hatinya belum tahu menyatakan hal yang serupa. Wanita sanggup kehilangan hatinya semata-mata kerana cintanya buat kamu. 

MENYATAKAN KEKURANGAN DIA DAN MEMUJI KELEBIHAN WANITA LAIN. Itu juga atu tindakan yaang sangat bodoh yang kamu lakukan. Sebutkan, manusia mana yang ingin dirinya dibandingkan dengan orang lain? sebutkan, manusia mana yang mampu tersenyum jika kekurangannya disuarakan oleh insan yang dia sayang? Sebutkan manusia mana yang boleh ketawa riang jika dia dibandingkan dengan kelebihan orang lain? Ingat kaum adam, wanita yang kamu pilih untuk menghiasi dunia kamu sepanjang hayat kamu adalah PILIHAN kamu sendiri. Apapun kelemahan dia pada masa-masa akan mendatang, ingat dia adalah PILIHAN kamu! Bukan orang lain.

Secebis hati wanita kalau ianya terluka dihiris, tak mungkin dapat kamu sembuhkan secara total. Sekeping hati wanita yang kamu robekkan, tak mungkin akan dapat kamu cantumkan semula. Semua luka, sakit itu akan sembuh, tetapi PASTI akan meninggakkan PARUT yang tak mampu mata kasar kamu sebagai lelaki melihatnya. Kerana wanita tak akan mampu menunjukkan parut luka hatinya. 


love
florenagalau

MENCARI CINTA ITU SENANG, TAPI MENEMUKAN CINTA ITU SUKAR



MENCARI CINTA ITU SENANG, MENEMUKAN CINTA ITU SUKAR. Topik yang ingin aku perkatakan pada malam ini. Siapa yang hidup di dunia ini tidak ingin menemukan cinta sejatinya? Siapa yang bernafas di muka bumi ini tidak ingin memiliki cinta hatinya? Siapa yang lahir di dunia ini tidak mengidam untuk merasakan perasaan menyinta dan dicintai? Aku pasti tidak ada yang tidak menginginkan cinta. Aku yakin semua ingin menemukan cinta hatinya.

MAKA itulah, setiap insan yang menghuni muka bumi ini masing-masing berlari meredah segala macam cubaan untuk mendapatkan cintanya..untuk mencari cintanya. Harus ingat teman-teman, seandainya kamu terus-menerus berlari, pasti kamu akan terjatuh kerana keletihan. Cinta yang terlalu dikejar pasti akan terus lari jauh meninggalkan kita. Tapi aku tidak mengatakan adalah salah kalau kamu terus mengejar cinta itu. Tidak salah teman-teman. Cuma aku takut cinta itu akan makin jauh.

INGAT teman-teman, cinta yang memang milik kita tidak perlu kita kejar separuh nyawa. Tuhan menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki. Kalau wanita itu untuk kamu pasti cinta itu hadir. Kalau tulang rusuk itu memang milik kamu, pasti akan kembali menjadi milikmu. Kadang-kadang bila kita menunggu, cinta itu pasti hadir. Mungkin akan ada yang kata, bodohlah sebab umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Tidak! Cinta tak akan buatkan kita jadi BODOH! 

Bila kita mencari cinta, kita akan dapat melihat cinta itu dimana-mana. Kanan kiri atas bawah depan belakang, memang dipenuhi dengan cinta. Namun untuk menemukan cinta yang sememangnya milik kita, itu sukar tapi BUKAN SESUATU YANG MUSTAHIL. Niat dan nekad itu yang akan membezakan orang yang boleh menemukan cintanya dan orang yang tidak mampu menemukan cintanya walaupun cinta itu ada di depan matanya.

Itu hakikatnya. Ingat teman-teman, kebenaran tak selalunya indah. Begitu juga dengan cinta. Kenapa aku kata begitu? Cinta tidak akan indah bila kamu berkeras untuk memiliki cinta yang sememangnya bukan milik kamu. Awas teman, cinta mampu menjadi musuh kamu bila kamu tidak mampu menemukan cinta kamu. Apa yang aku tulis adalah atas apa yang aku rasakan, lihat, perhati dan renung. Aku tidak kata aku semperna cintanya, kerana aku pun belum menemukan cinta yang sememangnya milik aku. Tapi seperti yang aku kata, usia mematangkan kita. 

love,
florenagalau

Sunday, May 26, 2013

klik! KLIK!! iT's Me..

Me, sAYa, aKu




Jantung hati aku. My Sugar Daddy n Sugar Mummy.. ehhhh... Jangan buat andaian sebarang ya. Kenapa Sugar Daddy n Sugar Mummy?? Sebab susah senang aku, mereka turut sama.. Aku tak ada duit, merekalah yang bagi duit.

OK, aku kenalkan, my sugar daddy Mr Galau ak Dana n my sugar mummy Mdm Bintang anak Rawieng. Aku pula Miss Florena anak Galau. Saat pertama kali aku menjenguk melihat dunia ini pada 25 Januari 1987. Terima kasih Tuhan atas kesempatan yang diberi dan terima kasih juga Tuhan sebab aku lahir dalam keluarga yang sempurna. 

Aku mula kenal ABC pada tahun 1992 pada umur 5 tahun. Sekolah pertamaku, Tadika SK Menthodist. Kemudian aku masuk Prasekolah umur 6 tahun di  SK Sungai Amang. Aku duduk kat sekolah tu 7 tahun. Dari tahun 1993 sampai tahun 1999. Dari prasekolah sampai tahun 6. Alam remajaku pula di SMK Selirik. Dari tahun 2000 sampai tahun 2004. Di situ aku menimba ilmu, pengalaman, mengumpul kenangan suka dan duka. Aku bangga kerana aku adalah generasi kelahiran SMK Selirik. Kemudian aku masuk tingkatan 6 di SMK Meradong. Aku punya ramai kenalan baru. Di sana aku belajar untuk berdikari. Kemudian saat yang paling indah bila aku dapat menyambung study aku di Universiti Utara Malaysia (UUM Kedah). banyak kenangan banyak dugaan yang ditempuhi. Terima Kasih buat teman2 seiman. Terima kasih buat kasih yang kalian berikan. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat Tuhan Yesus, kerana aku jadi kuat atas kasih yang Dia berikan. Di UUM aku belajar banyak perkara. Kasih, Sabar, Sharing... Selama 3 tahun setengah aku disana. banyak yang aku pelajari. Sifat dan tingkah laku manusia. Siapa kawan siapa lawan. 

Kini apa yang diimpikan dan dicita-itakan sudah tercapai. Aku bergelar seorang pendidik. Aku bersyukur. Cukup bercerita pasal aku. ada masa aku akan sambung.

Saturday, April 6, 2013


i cant make you love me..
LAGU YANG SAYA MINAT.. ANDA JUGA KAN?? 


ROLLING IN THE DEEP
salah satu daripada permainan asal orang iban. yang dikenali sebagai Pantun Bulan..