Sunday, May 26, 2013

klik! KLIK!! iT's Me..

Me, sAYa, aKu




Jantung hati aku. My Sugar Daddy n Sugar Mummy.. ehhhh... Jangan buat andaian sebarang ya. Kenapa Sugar Daddy n Sugar Mummy?? Sebab susah senang aku, mereka turut sama.. Aku tak ada duit, merekalah yang bagi duit.

OK, aku kenalkan, my sugar daddy Mr Galau ak Dana n my sugar mummy Mdm Bintang anak Rawieng. Aku pula Miss Florena anak Galau. Saat pertama kali aku menjenguk melihat dunia ini pada 25 Januari 1987. Terima kasih Tuhan atas kesempatan yang diberi dan terima kasih juga Tuhan sebab aku lahir dalam keluarga yang sempurna. 

Aku mula kenal ABC pada tahun 1992 pada umur 5 tahun. Sekolah pertamaku, Tadika SK Menthodist. Kemudian aku masuk Prasekolah umur 6 tahun di  SK Sungai Amang. Aku duduk kat sekolah tu 7 tahun. Dari tahun 1993 sampai tahun 1999. Dari prasekolah sampai tahun 6. Alam remajaku pula di SMK Selirik. Dari tahun 2000 sampai tahun 2004. Di situ aku menimba ilmu, pengalaman, mengumpul kenangan suka dan duka. Aku bangga kerana aku adalah generasi kelahiran SMK Selirik. Kemudian aku masuk tingkatan 6 di SMK Meradong. Aku punya ramai kenalan baru. Di sana aku belajar untuk berdikari. Kemudian saat yang paling indah bila aku dapat menyambung study aku di Universiti Utara Malaysia (UUM Kedah). banyak kenangan banyak dugaan yang ditempuhi. Terima Kasih buat teman2 seiman. Terima kasih buat kasih yang kalian berikan. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat Tuhan Yesus, kerana aku jadi kuat atas kasih yang Dia berikan. Di UUM aku belajar banyak perkara. Kasih, Sabar, Sharing... Selama 3 tahun setengah aku disana. banyak yang aku pelajari. Sifat dan tingkah laku manusia. Siapa kawan siapa lawan. 

Kini apa yang diimpikan dan dicita-itakan sudah tercapai. Aku bergelar seorang pendidik. Aku bersyukur. Cukup bercerita pasal aku. ada masa aku akan sambung.